assalamualaikum teman2 cerita zamri.Setelah sekian lama
blog ini di hack,akhirnya saya telah dapat kembali blog ini dan akan kembali memeraiahkannya.Alangkah rindunya pada teman2 sekalian………
Ketahuilah apabila kita memberi maaf kepada orang lain dan terus melupakan kesalahannya, engkau akan perolehi kesenangan yag besar di dunia dan di akhirat. Bukan itu sahaja malah engkau akan di tingkatkan darjat oleh Allah subhanahu wa ta'ala di sisi manusia.
assalamualaikum teman2 cerita zamri.Setelah sekian lama
blog ini di hack,akhirnya saya telah dapat kembali blog ini dan akan kembali memeraiahkannya.Alangkah rindunya pada teman2 sekalian………
tika malam suram....
tika cengkerik bersahutan....
dingin malam menikam kulit
sang abid memuji Tuhan Pencipta
kalimah Tuhan memenuhi ruang dada
aku.....masih jua begini
diselimuti gebar tebal
lena di buai mimpi manis....ngeri
itulah hakihat diri....
tiada upaya
tiada kudrat
untuk menyahut seruan Mu Ilahi
mengapa aku masih begini
sedangkan....dunia hanya mimpi ngeri
penuh tipu daya tak penghujung
sedangkan......janji Allah Maha Benar
syurga tak terbayang indahnya
neraka tak terkata panasnya
mengapa manusia masih buta......tuli?????
mengapa aku jua begitu?????
kataku.....ucapku......hanya mainan
disapu angin yang lalu
sedangkan itu satu kemurkaan
"MENGAPA TIDAK DIKOTA APA YANG KAMU PERKATAKAN"
ahhhhhhh.....ampunkanlah aku
ampunlah kami.......
ampunkanlah semua.....
kerana.....
sesungguhnya ALLah itu Maha Pengampun
kerana......
sesungguhnya mati itu pasti
akhirat pun pasti
mizan pun pasti
sirat pun pasti
neraka pun pasti
syurga sudah tentu pasti
DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi
wallahua'lam
ukhuwwah fillah
from: Siti Aisyah Ahmad Yusuf
lancaster, UK
Aku ingin menangis,
Menurutkan hati yang dilanda gerimis,
Mematuhi fitrah yang jelas tertulis,
Segenggam takdir tak mungkin terhakis,
Menyangkal pengertian ungkapan egois,
Benarkah seorang lelaki itu layak menangis?
Aku ingin menangis,
Akalku tidak setajam Khalid di medan Mu’tah,
Matlamat hidupku tidak setepat panahan Hamzah,
Suara jiwaku tidak selantang Bilal di subuh mencerah,
Pendirianku tidak sehebat Sulaiman membina wilayah,
Apakah ini bisikan dayus atau diriku yang mudah mengalah?
Aku ingin menangis,
Mengimbau kembali sejarah hidupku,
Pentasan dunia bersulam waktu,
Merentasi hari menagih kurniaanMu,
Termenung sejenak diriku terpaku,
Apakah sumbanganku pada agamaMu?
Aku ingin menangis,
Ketika derai tawa menghiasi hariku,
Ketika indah mentari menemani pagiku,
Ketika garis sang pelangi menghiburkan petangku,
Ketika hening malam menemani tidurku,
Apakah terpacul dari bibirku hamburan syukur diriku padaMu?
Aku ingin menangis,
Kutahu ajal mautku tertulis ditanganMu,
Kusedar segunung doa tak mampu memutar waktu,
Namun kuyakini Engkau selalu mendengarkan aku,
Ya Allah kau biarkanlah air mata ini berlalu,
Kembalikan diriku ke jalan redhaMu..
Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang
jitu
Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah
tersedia untuk di terpa
Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau
taksirkan sendiri
Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan
yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan
dosa lagi
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.
Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !
Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.
Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...
sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....
Mencari hilangnya satu cahaya
Cahaya yang sebelumnya menerangi jiwa
Kini hilang entah ke mana
Hati gelap tanpa cahaya
Di manakah cahaya hilang menjauhi
Ataupun ianya sekadar bersembunyi
Kembalilah semula cahaya yang dirindui
Sinari semula jiwa yang sunyi
Menyesal hati kerana melupai
Kerugian akibat mengejar duniawi
Sehingga terabai sinar yang suci
Pembantu kemudahan melalui titi
Aku menghitung dosa tertanggung
Tidak termampu untuk menampung
Terlalu berat berbakul bergunung
Hanya taubat menjadi penaung
Semoga Engkau berikan ku semula cahaya
Pinjamkanlah walau sebentar jua
Akan ku tekad untuk menjaganya
Sehingga sampai ke titik akhirnya
Allah menunjukkan cahayaNya (kebenaran agamaNya) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Perumpamaan cahaya yang diberikan Allah itu ibarat sebuah corong yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Dan kaca itu seperti bintang yang bercahaya berkilau-kilauan yang dinyalakan dari minyak pohon yang diberi berkat, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat.
Minyaknya sahaja hampir menerangi, sekalipun tidak disentuh api. Apatah lagi cahayanya. Berlipat ganda.
Oleh: @n@
Maruah diinjak-injak
Tanah-tanah tergadai
Satu demi satu menjadi debu
Hancur terbakar dalam lautan perpecahan yang tidak bertepi
Membakar ummah meragut maruah
Bangsaku, Bangsaku, Bangsaku
Hentikanlah!
Bukankah kita dulu bangsa yang gagah
Menjadi wira perkasa menakluk nusantara
Kita adalah pelaut, pedagang, ilmuan terbilang
Oh! Sejarah itu amat manis untuk dikenang
Dimanakah kurangnya kita,
Kita tidak kecil, tidak juga cacat
Tapi mengapa
Kita sekarang lemah dan hina
Mungkin
Kerana kita berpecah dan bersengketa
Mengejar kuasa dan dunia
Hingga tergadai segalanya
Bukan angkara penjajah
Bukan kerana orang lain
Semuanya kerana kita
Bangsaku,
Usah bersangka-sangka
Lupakan segala beza, jauhkan sengketa
Bukankah kita semua bersaudara
Menghadap kiblat, menyembah tuhan yang sama
Usah putus asa, teruslah mara
Melayu takkan hilang
Islam pasti menang
Dengan islam kita kan gemilang
Melayu sepakat Islam berdaulat
Melayu sepakat Islam berdaulat
Melayu sepakat Islam berdaulat
Sumber: ISMA Australia
(Dahulu, kini, nanti)
I.
Dahulu…
saat indah zaman nubuwwah
Di kanan iman, di kiri ukhwah
Di tapak… kebersihan hati
Di puncak… kecanggihan teknologi
Lahir ulama yang takutkan Allah
Muncul umara yang cintakan ummah
Islam itu indah… kerana Allah itu indah
Makmurnya watan ketika itu
Bila ditunjangi sikaya yang syukur
Diimbangi oleh simiskin yang sabar
Dilimpahi barakah peniaga yang jujur
Dibantu oleh doa siabid yang makbul
Islam itu indah… kerana Allah itu indah
Lalu keindahan Islam pun kembara
dari Makkah ke Madinah
Menuju Asia, Afrika dan Eropah
Jelajah serata benua
Menaungi seluruh buana
Keadilan, keamanan, kemakmuran dinikmati bersama
Islam itu indah… kerana Allah itu indah
Ketika itu peribadi umat dihias mahmudah
Di asas ‘lil Lah’ padulah keikhlasan
Gerak kerja cekap dan berkesan
Kukuh seluruh sepenuh itqan
Tiada yang sambil lewa
Tidak ada tempat bagi yang alpa
Seluruh, sepenuh, siap siaga
Islam itu indah… kerana Allah itu indah
II.
Kini…
Marilah kita cipta kembali sejarah
Bukan sekadar mengimbau dan memuja
Tetapi dengan merancang dan berusaha
Hidup kita itulah kembaranya
Langkah kita itulah destinasinya
Membina TAQWA dengan yang Esa
Melahirkan AKHLAK sesama manusia
Menjana ITQAN di dalam kerja
Islam itu indah… kerana Allah indah
III.
Nanti…
Pastikan terukir kembali
Keindahan Islam yang sejati
Bukan lagi mimpi, bukan lagi teori
Tapi kenyataan yang hakiki
Bila kerendahan hati seorang abdillah
Disepadukan keperkasaan jiwa seorang khalifah
Tunggulah masanya
Ia pasti serlah
Islam itu indah… kerana Allah itu indah
Nurkilan : Abdul Razak Nordin a.k.a Ajak
Bermula sejarah di Gua Hirak,
Nabi terakhir mendapat wahyu,
Wahyu pertama , Iqra' ,
Menyuruh membaca.
Manakah dia ilmu di dada?
Adakah hilang begitu saja?
Apalah guna ilmu di dada,
Jika hatimu masih berbecak,
Lumpur dosa masih meloyakan,
Terpulanglah padamu,
Untuk membersihkan.
Sentuhan iman tentunya menyegarkan,
Tanpanya ilmu seharusnya memesongkan,
Kerana tanpa tujuan,
Tanpa iman,
Seolah memberi permata yang indah,
Pada si jahil yang menyangka,
Permata yang indah dibuat mainan.
Bebaskanlah dirimu dari penjara kejahilan,
Penjara kejahilan tidak mengenal mangsa,
Walaupun dirimu lulusan menara gading,
Ataupun penggarap kitab kejahilan,
Penjara kejahilan sentiasa mengejar,
Siapa yang lalai menjadi mangsa,
Siapa yang insaf gembira merdeka.
Fardhu `ain,
Fardhu kifayah,
Tuntutlah keduanya,
Amalkanlah keduanya,
Agar dirimu sejahtera,
Agar hidupmu ditiup bayu,
Bayu ketenangan , bayu kegembiraan,
Di bawah petunjuk,
Yang Maha Esa.
Posted by lianazulak On 2:21 AM
Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengendong puteranya yang masih merah
Di padang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka terseksa terhina terpenjara
Terkurung jasad di celahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH
Berteman pena menongkah kepayahan
Roh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Aduhai, meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah
Namun relalah aku..
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERIKANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah..
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang indah bagaikan harumnya pusara MASYITAH
Jika Islam itu kan kudaulatkan..
AKU hairan engkau tidak takut
kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak
Kuasanya Maha Luar Biasa
yang tiada tandingannya
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada
dan yang tiada
Pendengaran-Nya lulus dan peka
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara
semua didengar-Nya
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya,
tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita
Yang boleh kita kata begian-begian
jarak dekat dan jauhnya
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran
Tuhan yang Maha Suci
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Tapi Tuhan dapat mengukurnya
dan dapat mengukur cara makhluk-Nya
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan
Sungguh engkau manusia luar biasa
Luar biasa yang tidak sepatutnya
Bila berhadapan dengan Zat
yang Maha Luar Biasa
Luar biasa yang keterlaluan
yang tidak sayugianya ada pada manusia
Apa sudah jadi kepada engkau
Di mana salah silapnya
Kuasa Allah yang begitu terserlah
yang mengecutkan perut
bagi orang yang mengenalnya
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya
dan tidak dapat merasanya
Betullah otak engkau sudah gersang
Dan hati engkau telah buta
Posted by Mujahid Al Faqir
Tolong Ingatkan Aku...
Bahawa lahirnya Aku ke Dunia...
Kerana adanya ibu dan bapa...
Tanpa mereka...
Aku bukan siapa-siapa...
Apakah Aku anak yang berjasa...
Ataukah anak yang durhaka...
Tolong Ingatkan Aku...
Walaupun kedua-duanya telah tiada...
Sedekahkanlah amal mulia dan pahala...
Terutama selepas solat yang lima...
Alangkah baiknya...
Kalau sentiasa berdoa untuk mereka..
Semoga mereka berbahagia di sana...
Tolong Ingatkan Aku...
Usah dikenang masa lalu...
Semuanya telah berlalu...
Segalanya telah berlaku...
Kisah suka,duka dan syahdu...
Biarlah dalam lipatan waktu...
Tolong Ingatkan Aku...
Aku kini seorang isteri...
Syurga ku dengan redha suami...
Apakah Aku selalu menyakiti hati...
Segala suruhannya perlu dipatuhi...
Dilaksanakan seikhlas hati...
Menyintainya sehingga mati...
Tidak perlu berbelah bahagi...
Tolong Ingatkan Aku...
Aku ada putera dan puteri...
Anugerah dan amanah dari ILLAHI...
Saham di Dunia dan di Kemudian Hari...
Perlu diasuh dan dididik sepenuh hati...
Ilmu Agama WAJIB diberi...
Ilmu Dunia perlu diimbangi...
Supaya tidak menyesal nanti...
Tolong Ingatkan Aku...
Dunia ini hanya pinjaman...
Akhirat jua yang berkekalan...
Dunia tempat mengambil bekalan...
Untuk penghidupan di Hari Pembalasan...
Tolong Ingatkan Aku...
Dari terlena dalam mimpi yang panjang...
Dari Hidup di dalam bayang-bayang...
Jelas kelihatan tidak dapat dipegang...
Teruskan... Jangan menoleh ke belakang...
Tolong Ingatkan Aku...
Kematian itu pasti...
Tidak mungkin Aku dapat lari...
Bersediakah Aku saat ini...
Andainya ditakdirkan Aku dipanggil kembali...
Menghadap Allah Yang Maha Suci...
Tolong Ingatkan Aku...
Saat Aku akan dikembalikan kepada Allah...
Jangan lupa dua kalimah...
Ingatkan Aku kalimah Syahadah...
Ingatkan Aku umat Rasulullah...
Ingatkan Aku hamba Allah...
Biar Ku mati dengan nama ALLAH...
Dalam kalimah Lailahaillah...
Wassalam
rosniza jusoh
Sinar mentari mualai memancarkan serinya
setelah selsesai solat subuh dan bermunajat padaMU
aku bersyukur ya Rabb kau masih bagi aku ruang untuk bernafas lagi dan kesempaatan untuk memohon keampunan dariMU dan terus beramal padaMU.
Ya Rabb,
aku bersyukur kau kurniakan aku keluarga dan saudara yang memahami saat aku tertekan,
kau kurniakan daku teman-teman yang memahami,sudi mendengar keluh kesah dan menasihati.
aku bersyukur,kau juga kurniakan padaku seorang teman yang juga bakal isteriku yang memahami.
ya Azim,
Di pagi Jumaat ini,penghulu segala hari aku bersyukur dan bermunajat padaMU,
Kekadang aku leka,lalai,namum kau masih Kau masih menberi ruang padaku untuk bertaubat dan muhasabah diri.
Ya Latiff,
Dengan sinar yang muncul kita ku berharap hari ini akan menberi sinar kebahagian buatku,keluarga ku,sana-saudaraku dan teman-temanku.
Kau hiasilah diri kami dengan ketakwaan,keimanan,agar kami sentaisa taat pada padaMU dan mengerjakan solat.
ya Rahman,
Kau lembutkan hati bakal isteriku sebagaimana kau lembutkan batu dan besi yang keras agar dia dapat menerima daku seadanya,jadikanlah ia seorang isteri yang taat,menjaga maruah suami,lahirkanlah dari kami zuriat-zuriat yan berpegang teguh pada agaMU dan menperjuangkan agamaMu.Satukanlah hati kami dengan kasih sayangMu agar kami menjadi pasangan suami isteri yang berpegang teguh dengan agamaMU.
Amin Ya Rabbal Alamin...................................................................
Sayang,
daku tak pinta apa-apa darimu,hanya kasih sayangmu ku pinta
aku perlukan teman dan kekasih yang memahami
aku mahukan ruang bertukar pendapat,bercerita
Sayang,
ingat janji kita,ingin bersama mencari keredaan Ilahi
ingat janji kita untuk bersama meneroka ke jalan kebenaran
ingat lagi kau berkata,bimbinglah daku ke jalan yang benar
Sayang,
Jangan kau lupa janjimu yang telah kau patrikan
ingatlah betapa pedih tika disakiti
kau pernah merasakan,betapa pedih disakiti,
maka janganlah sakiti hati insan lain.
Hati seseorang bukan untuk disakiti,
Bukan untuk dilukai,
Bukan untuk dicurangi,
Tetapi dibajai dengan doa,
Disirami dengan iman,
Dipagari dengan taqwa kepada,
Ya Khaliq.
Ya Allah,
Sejahterakan dirinya di sana,
Duhai rembulan,
Sampaikan salam kepada pungguk yang merindu,
Duhai bayu yang mengelus pipi,
Sampaikan khabar kepada dirinya,
Bahawa telah tertulis pada tinta,
Doa untuknya,
Dipanjatkan kepada Allah yang Esa.
Duhai dirimu,
Sedarlah,
Hatiku,
Emosiku,
Antara kemahuan dan relevan,
Berperang sesama sendiri,
Ku lemah untuk berdiri,
Kerana ku sedar diriku tidak berdaya,
Mengharapkan secebis kekuatan dari Allah.
Sedarlah dikau,
Aku cuba untuk menidakkan,
Apatah dayaku,
Allah, tolonglah daku,
Untuk meniti setiap intimidasi,
Setiap cacian,
Setiap dugaan yang melanda,
Mematangkan diri,
Bersamamu melangkah.
Mereka yang ini sangat hebat…! Sungguh! Aku sangat kagum……! Mereka inilah…
Yang menjaga hati…
Mereka ini bukanlah seorang insan yang sememangnya tiada pacar atau boyfriend girlfriend… Tiada muslimat/muslimin yang terdetik dihati mereka untuk menyukai… tetapi, mereka ini kelihatan hebat dan amat kukagumi apabila mereka dengan sedaya upaya berusaha menahan hati… mengawal emosi… mengawal perasaan… dan terus menerus menjaga hati… mereka berusaha merahsiakannya sebelum tiba waktu yang sesuai mereka meluahkan untuk menyahut seruan sunnah Rasulullah s.a.w… dan mendirikan istana rumahtangga… mereka bertekad dengan azam yang kuat… Sungguh! Aku kagum….!
Yang mengawal Ammaroh…
Mereka ini bukanlah seorang insan yang tidak pernah marah… tidak pernah rasa geram dan sakit hati… Tetapi, mereka berusaha sedaya upaya mengawal nafsu ammaroh… berusaha menahan hati yang marah… berusaha menyejukkan hati… dengan istighfar… dengan mengambil wudhu’… dengan membaca Al-Quran… Mereka berusaha untuk tidak menyakiti orang lain dengan kemarahannya… Sungguh! Aku sangat kagum…!
Yang menjaga tutur bicara…
Mereka ini bukanlah seorang insan yang tidak pernah tersalah kata… tersilap bicara… bukanlah tidak pernah menyinggung hati orang lain dengan bicaranya… Tetapi, mereka ini berusaha dalam berfikir sebelum melontarkan setiap kata-kata mereka supaya tidak menginggung hati orang lain… mereka berusaha menimbang tara buruk baik tutur kata mereka… mereka berusaha menghayati dan memahami kesan bicara mereka terhadap diri orang disekeliling… Mereka tidak pernah berniat buruk, berbicara untuk menyakiti hati orang lain… Mereka turut merasa dan memikul tanggungjawab akibat diatas setiap kata-kata mereka tanpa berdolak dalih… Sungguh! Aku kagum…!
Yang berani meminta maaf…
Mereka ini bukanlah seorang yang maksum seperti para nabi… mereka bukanlah seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan… mereka bukanlah seorang yang tidak pernah tersilap tingkah… terlakukan dosa… Tetapi, mereka ini berusaha memperbaiki kesilapan mereka… berusaha bertanggungjawab akibat kesalahan mereka… berusaha dan berazam tidak mengulangi kesilapan mereka untuk kedua kalinya… berusaha untuk mengenepikan ego dalam diri mereka untuk memohon maaf dan akui kesilapan… Bertaubat sesungguhnya terhadap Rabbul Jalil… Tuhan sekalian alam… Berusaha kembali ke jalan Allah… Sungguh! Aku sangat kagum…!
Yang sanggup berkorban…
Mereka bukanlah seorang yang langsung tidak pernah pentingkan diri… bukanlah yang tidak pernah mengabaikan orang lain… yang juga pernah merebut peluang untuk memuaskan hati sendiri… Akan tetapi, mereka berusaha untuk mengenepikan perasaan pentingkan diri… mereka berusaha mendidik diri , hati, dan nafsu agar akur pada keimanan yang teguh… mereka bukan sahaja berkorban keinginan sendiri, malah mereka cuba mendahulukan orang lain lebih dari diri mereka sendiri… Mereka bersedekah terhadap makanan yang ada ditangan mereka biarpun perut sendiri berkeroncong… mereka bersedekah terhadap wang ditangan mereka biarpun untuk kegunaan sendiri tidak mencukupi… mereka tetap membantu orang lain biarpun diri sendiri layak dibantu… mereka korbankan perasaan sendiri demi untuk menjaga perasaan orang… mereka korbankan kesenangan diri demi untuk memberi kesenangan orang lain… mereka korbankan keinginan diri demi untuk memenuhi keinginan orang lain… Sungguh! Aku sangat kagum…!
Yang merebut ramadhan secara luarbiasa…
Mereka bukanlah seorang yang tinggi ilmunya… bukan juga banyak amalannya… mereka sangat menyedari kekurangan diri dengan berusaha memperbaiki dan menambah amalan… Bulan penuh barokah Ramadhan kareem ini digunakan secara optima untuk memperoleh pahala… menampal pakaian iman mereka yang carik… Malahan, mereka tidak kedekut untuk mensedekahkan amalan mereka kepada orang tua yang mendidik dan melahirkan mereka… Tidak lupa mendoakan seluruh Muslimin muslimat agar turut bersama-samanya mengejar amalan di bulan barokah… Pecutan dilakukan untuk diri mereka, sedikitpun tidak menghalang mereka untuk membawa orang lain bersama dalam beramal… Perlumbaan untuk memperoleh pahala amalan yang banyak, tidak menjadikan mereka berniat membiarkan orang lain hanyut… diusahakan untuk dibawa bersama….. Sungguh! Aku sangat kagum…!
-
Usah di risau hari yang gelap,pasti mentari muncul jua
Usah dihirau hujan yang turun kerna pelangi pasti muncul nanti
Usah dirisau hati yang kosong,kelak pasti terisi
Jangan dikenang kisah yang lalu,kelak merosak jiwa
Janganberduka pasti kebahagian muncul nanti
Jangan ditangisi pada yang pergi,carilah penganti mengisi diri
Mengapa dihirau pada yang tak sudi,kelak diri yang luka
Mengapa yang didepan mata tak dipeduli
Mengapa matamu buta pada sidia didepan ini
Ya Allah.......
Dimalam yang sepi ini ku bermunajat padamu berilah aku kesempatan untuk beribadat padamu.
Kaulah yang menghidup dan mematikan hambamu,sesungguhnya hati ini tenang dengan alunan namaMu.
YaRabbi,
Aku akui aku lemah,aku cuai dalam menjalani suruhanmu,tapi kau tetap menyayangiku.
Kau kurniakan teman-teman yang menyayangiku.
Ya Azim,
Ku akui kekurangan ini,berikanlah aku kekuatan dalam menjalani hari-hari akhirku.
Berikan aku kesempatan untuk melunaskan amanah yang belum tertunai.
Ya Rahman,
Ampunilah hambaMu ini andai permintaan hambaMu ini tidak selayaknya,
Namum daku yakin kau Tuhan yang maha menberi,perkenankanlah.....
Hanya padamu ku berserah Ya Allah......
Amin yaRabbal Alamin..........